Selasa, 25 Februari 2014

Operasi Lalang jadi batu asas kerjasama DAP PAS hari ini

0 komentar


  • Lim Guan Eng
  • malaysiakini  Okt 27 2012
ULASAN Berikut adalah kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan sempena ulangtahun ke-25 Operasi Lalang hari ini:
DAP menyeru agar kerajaan Persekutuan meminta maaf kepada semua tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), segera melepaskan semua tahanan yang masih ditahan dan menjadikan Kem Tahanan Ententing sebagai muzium sebagai peringatan kepada peripenting kebebasan dan hak asasi serta memulihkan negara daripada trauma penahanan tanpa bicara yang dilakukan secara rambang hanya atas sebab menentang BN.

25 tahun yang lalu pada 27 Oktober 1987, saya menjadi antara mangsa pertama Operasi Lalang yang ditahan di bawah ISA oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya ingat lagi bagaimana sebagai ahli Parlimen Kota Melaka yang baru dipilih, betapa terkejutnya saya apabila diberitahu bahawa saya merupakan ancaman kepada keselamatan negara yang bakal mencetus huru-hara dan rusuhan sekiranya saya tidak ditahan.

Ekoran daripada itu, saya terpaksa bertahan dan mengatasi hari-hari gelap apabila dikurung sendiri, disoal siasat tanpa henti dan diintimidasi untuk memaksa saya untuk "bertaubat".

Seramai 106 pemimpin Malaysia telah ditahan pada tahun gelap 1987, termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang - 16 daripada DAP termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri - ahli-ahli kesatuan sekerja, aktivis sosial, aktivis alam sekitar, pendidik bahasa Cina dan pekerja agama.

Antara pemimpin-pemimpin yang terkemuka adalah Lim Kit Sang dan Karpal Singh daripada DAP, Mohamad Sabu dan Datuk Mahfuz Omar daripada PAS dan pendidik bahasa Cina Lim Fong Seng dan Sim Mow Yu.

Serangan juga berlaku ke atas kebebasan akhbar dengan penutupan tiga suratkhabar, serangan bertubi-tubi ke atas badan kehakiman dan keluhuran undang-undang sehingga Ketua Hakim Negara dan dua hakim Mahkamah Agung telah dilucutkan jawatan.

Semua serangan ini bertujuan untuk membentukkan negara diktator yang memusatkan kuasa di tangan perdana menteri.

Namun demikian, ada juga hikmah di sebalik tahanan beramai-ramai yang berlaku, iaitu pemimpin-pemimpin PAS dan DAP telah mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan Umno untuk memomokkan masyarakat bukan Melayu tentang PAS dan masyarakat Melayu tentang DAP.

Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti itu pada hari ini.

Ini membenarkan Pakatan Rakyat untuk bergabung dan memperkuatkan diri untuk mencabar kuasa BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Walaupun rakyat Malaysia telah berjaya memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhan ISA, kita masih perlu menutup jilid gelap dalam sejarah negara kita.

Pertama sekali, semua tahanan ISA yang masih lagi ditahan harus dilepaskan dengan segera dan kerajaan Persekutuan haruslah meminta maaf kepada semua tahanan ISA.

Kedua, Kem Tahanan Ententing (KDC) harus dijadikan sebuah muzium, seperti kem tahanan Robbens Island di Afrika Selatan yang pernah menjadi rumah kediaman pejuang kemerdekaan Nelson Mandela selama 27 tahun.

Dengan menjadikan KDC yang dibenci itu sebagai muzium, kita akan menukarkannya kepada simbol peringatan kepada peripenting kebebasan dan hak asasi serta memulihkan negara daripada trauma penahanan tanpa bicara yang dilakukan secara rambang hanya kerana menentang BN.

Akhirnya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), iaitu pengganti kepada ISA, harus dikaji semula untuk memansuhkan beberapa seksyen supaya ISA tidak akan kembali daripada kubur dan menghantui generasi-generasi rakyat Malaysia yang akan datang, sepertimana kita telah dihantui selama 54 tahun yang lalu.
Read more ►

Sabtu, 08 Februari 2014

Lee Min Hu Patut Pencen Jadi Pengadil

0 komentar
Lee Min Hu Patut Pencen Jadi Pengadil


Entah apa punya bodoh punya pengadil la dalam perlawanan separuh akhir Thailand menentang Malaysia di Bangkok malam tadi.
Pemain pertahanan, Mohd Fadhli Mohd Shas diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua.
Tindakan itu telah menjejaskan moral para pemain.
Ini bukan soal tak mahu terima kekalahan atau apa-apa, tapi kita sebagai kumpulan masyarakat yang waras susah semestinya akan menerima keputusan buang padang itu jika ia bersifat adil.
Ini tidak…orang lain main kasar, orang lain pulak yang dikenakan tindakan.
Apakah pengadil dari Korea Selatan, Lee Min Hu tak boleh bertanya dan mendapatkan pandangan penjaga garisan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang drastik.
Dengar kata dia adalah seorang bekas guru sekolah, kalau benar, maka mungkin dia patut kembali ke sekolah dan mengajar di mana dia tidak perlu membuat keputusan memberikan sebarang kad kepada sesiapa selain kad keputusan peperiksaan.
Lee Min Hu Patut Pencen Jadi Pengadil
Cara Terbaik Lepas Geram Pada Pengadil:
Read more ►

Selasa, 17 Desember 2013

Makanan sejuk beku jadi pilihan

0 komentar
Norlia kini ingin membawa Potess menembusi pasaran Eropah, khususnya Perancis.

MENYEDARI ramai yang meminati gemar kentang lecek, Hajjah Aminah Food Industries Sdn Bhd mengeluarkan produk makanan segera Potess yang berasaskan campuran ubi kentang lecek dan pelbagai jenis inti.

Syarikat tempatan itu juga menghasilkan sendiri kentang lecek unik ini kerana menyedari perniagaan berasaskan makanan sejuk beku seperti Potess mempunyai potensi tinggi untuk berjaya.

Pengarah Urusan Hajjah Aminah Food Industries, Norlia Yusof berkata, Potess memiliki kelainan yang tersendiri kerana dihasilkan melalui penyelidikan yang berteknologi tinggi dan mengikut hasil maklum balas yang diterima dari orang ramai sebelum produk itu dihasilkan.

"Kami gembira Potess kini diterima ramai di Malaysia. Kini, impian kami adalah untuk memasarkan Potess ke luar negara, dengan fokus utama kini adalah pasaran Eropah," katanya ketika ditemui di kilangnya, di Seremban baru-baru ini.

Menurutnya, memandangkan negara-negara maju di Eropah amat menitik beratkan soal kebersihan dan kualiti makanan, syarikat itu telah pun mendapat pengiktirafan badan antarabangsa seperti Hazard Anylisis Critical Control Point (HACCP).

“Pengiktirafan dari HACCP ini amat penting untuk mendapat keyakinan masyarakat Eropah mengenai tahap kualiti, kebaikan dan kebersihan produk kami ini,” katanya. 

Pengeluaran naik 30 kali ganda

Norlia berkata, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memenuhi impian menembusi pasaran di Eropah, syarikatnya menggunakan mesin baru separa automatik bagi meningkatkan lagi hasil pengeluaran di samping menjaga kualiti produk.

“Melalui penggunaan mesin, kami dapat menghasilkan 3,000 keping Potess dalam masa sejam.

"Jadi untuk sehari kami dapat menghasilkan lebih kurang 30,000 keping Potess untuk dipasarkan berbanding sebelum ini hanya 1,000 keping sehari,” katanya.

Menurut beliau, pada masa ini, Potess telah dipasarkan ke seluruh negara termasuk di beberapa pasar mini terpilih, pasar raya besar seperti Giant, hotel, restoran dan turut mendapat permintaan dari beberapa negara Asia.

“Produk kami kini dipasarkan di beberapa negara Asia seperti Thailand, Singapura, Brunei dan China.

"Permintaan di negara-negara tersebut amatlah menggalakkan, jadi kami harap selepas ini Potess berjaya menembusi pasaran Eropah khususnya di Perancis," katanya lagi.

Turut hasilkan makanan Arab

Selain Potess, Hajjah Aminah Food Industries turut menghasilkan Moroccan Food, iaitu makanan berasaskan daging yang dimakan bersama nasi.

“Bagi Moroccan Food, penyediaan rempah ratusnya memang datang dari Maghribi.

"Pasukan penyelidik kami bersama ketua tukang masak sendiri yang menghasilkan produk ini dan ianya mendapat permintaan yang amat tinggi khususnya bagi mereka yang meminati makanan ala-ala Maghribi,” katanya.

Menurut Norlia, sepanjang 13 tahun bergelar usahawan, banyak pengalaman dan pencapaian yang telah diperoleh syarikat itu.

Antara anugerah cemerlang yang diterimanya adalah Anugerah Majikan Agrotek 2013 daripada Jabatan Sumber Tenaga.

Selain itu, syarikatnya juga amat aktif dalam menyertai pelbagai ekspo dan festival makanan seperti Mihas, Pameran Makanan Moscow, Pameran Makanan Dubai, Ekspo Makanan Singapura dan pelbagai acara lain untuk mempromosikan makanan buatan tempatan ke peringkat global.
Read more ►
 

Copyright © mari berkarya Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger