Sabtu, 01 Maret 2014

VIDEO Hari Paling Malang Buat Lelaki Ini

0 komentar


Rasa anda sedang melalui hari yang teruk?

Bawa bersabar dan cuba tonton video di bawah. Mesti serta merta rasa bersyukur sebab hari anda mungkin tak seteruk lelaki ini!

Dalam video yang dipercayai rakaman CCTV, seorang lelaki kelihatan mengejar bola golf apabila kepalanya ditimpa palang membuatkannya terjatuh dalam kesakitan.

Jika itu belum cukup malang, dalam keadaan dia masih terlantar kerana sakit di kepala, kereta yang sedang menanti untuk masuk pula menggilis kakinya tidak lama kemudian.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kecederaan dialami lelaki ini namun dia kelihatan melonjak bangun sebaik sahaja kereta tersebut menggilis kakinya, barangkali kerana terlalu terkejut, sakit dan tidak rela jika ada kereta lain pula yang datang melanggarnya selepas itu.

Difahamkan, tidak banyak maklumat diperoleh tentang tempat kejadian dan mangsa terlibat namun didoakan dia baik-baik sahaja selepas insiden berkenaan. – REM RAMZI

Read more ►

Minggu, 22 Desember 2013

Lelaki Maut Ditembak Di Depan Restoran Di Penampang

0 komentar

Seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun terbunuh dalam kejadian tembak dari dalam kereta ketika berjalan keluar dari sebuah kedai kopi India Muslim di kompleks komersial Beverly Hills, di Penampang kira-kira pukul 10.15 malam Sabtu.
Lelaki itu dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth oleh sebuah kereta peronda polis, tetapi disahkan meninggal dunia lewat malam Ahad.
Polis masih belum mendedahkan identiti ahli perniagaan itu, yang dikatakan baru sahaja meninggalkan kedai kopi selepas minum dengan beberapa rakan.
Sebaik sahaja beliau meninggalkan kedai kopi itu, seorang lelaki yang tidak dikenali yang sedang menunggu di dalam kereta menembak di bahagian perut dan segera memecut.
Polis peronda yang berada berdekatan kawasan mendengar tembakan dan segera tiba ke tempat kejadian, membawa lelaki itu ke hospital.
Pihak polis segera mengadakan sekatan jalan raya di seluruh bandar dalam usaha untuk menangkap penyerang.
Difahamkan, polis juga merekodkan kenyataan daripada rakan-rakan ahli perniagaan itu. sumber

Read more ►
 

Copyright © mari berkarya Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger