Berita palsu Restoran Nasi Ganja di Ipoh Perak ditutup akibat guna najis manusia sebagai pelaris. Terkini Jabatan Kesihatan Perak telah mengarahkan Restoran Nasi Kandar Ayam Merah atau lebih dikenali sebagai Nasi Ganja ditutup selama dua minggu mulai 14 November 2013 akibat faktor kebersihan.
Susulan itu, ada sesetengah pihak telah melemparkan fitnah di laman sosial apabila mendakwa punca restoran itu ditutup kerana terdapat najis manusia dalam peti ais yang digunakan sebagai pelaris restoran itu.
Pengurus restoran tersebut menafikan dakwaan tersebut dan menyangkal pengunaan pelaris atau ilmu hitam dalam restoran itu. Susulan itu, laporan polis dibuat kerana dakwaan mengunakan najis dalam restoran itu adalah sangat jijik dan boleh menjejaskan perniagaannya. Menurutnya lagi, penutupan itu hanyalah kerana isu kebersihan persekitaran dan tiada kena mengena dengan penggunaan najis manusia sebagai pelaris seperti yang dihebahkan dilaman sosial.

Berita Palsu Restoran Nasi Ganja Ditutup Akibat Guna Najis Manusia

Laporan Polis Dibuat Susulan Fitnah Restoran Ganja Ditutup Akibat Najis Manusia

Punca Sebenar Restoran Nasi Ganja Ditutup
Jabatan Kesihatan Perak mengarahkan premis Nasi Kandar Ayam Merah yang lebih dikenali sebagai nasi ganja atau nasi vanggey ditutup selama dua minggu kerana dipercayai menyediakan makanan dalam keadaan kotor. Premis yang beroperasi di Jalan Yang Kalsom itu, diarah tutup bermula jam 5 petang 14 November 2013 sehingga 28 November 2013 selepas pemeriksaan bersepadu dijalankan pihak terbabit bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Imigresen.

Gambar Sekitar Restoran Nasi Ganja di Ipoh



sumber
0 komentar:
Posting Komentar