Minggu, 29 Desember 2013

Berita Palsu Restoran Nasi Ganja Ditutup Guna Najis Manusia

0 komentar



Berita palsu Restoran Nasi Ganja di Ipoh Perak ditutup akibat guna najis manusia sebagai pelaris. Terkini Jabatan Kesihatan Perak telah mengarahkan Restoran Nasi Kandar Ayam Merah atau lebih dikenali sebagai Nasi Ganja ditutup selama dua minggu mulai 14 November 2013 akibat faktor kebersihan. 

Susulan itu, ada sesetengah pihak telah melemparkan fitnah di laman sosial apabila mendakwa punca restoran itu ditutup kerana terdapat najis manusia dalam peti ais yang digunakan sebagai pelaris restoran itu. 

Pengurus restoran tersebut menafikan dakwaan tersebut dan menyangkal pengunaan pelaris atau ilmu hitam dalam restoran itu. Susulan itu, laporan polis dibuat kerana dakwaan mengunakan najis dalam restoran itu adalah sangat jijik dan boleh menjejaskan perniagaannya. Menurutnya lagi, penutupan itu hanyalah kerana isu kebersihan persekitaran dan tiada kena mengena dengan penggunaan najis manusia sebagai pelaris seperti yang dihebahkan dilaman sosial.

restoran nasi ganja

Berita Palsu Restoran Nasi Ganja Ditutup Akibat Guna Najis Manusia

berita palsu

Laporan Polis Dibuat Susulan Fitnah Restoran Ganja Ditutup Akibat Najis Manusia

laporan-polis

Punca Sebenar Restoran Nasi Ganja Ditutup
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

Jabatan Kesihatan Perak mengarahkan premis Nasi Kandar Ayam Merah yang lebih dikenali sebagai nasi ganja atau nasi vanggey ditutup selama dua minggu kerana dipercayai menyediakan makanan dalam keadaan kotor. Premis yang beroperasi di Jalan Yang Kalsom itu, diarah tutup bermula jam 5 petang 14 November 2013 sehingga 28 November 2013 selepas pemeriksaan bersepadu dijalankan pihak terbabit bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Imigresen.

gambar-restoran-nasi-ganja-ipoh

Gambar Sekitar Restoran Nasi Ganja di Ipoh

nasi ganja 3

nasi ganja 1

nasi ganja 2

sumber


Read more ►

Minggu, 15 Desember 2013

Berita Kematian Nicolas Cage

0 komentar

Kematian Nicolas Cage

Tidak pernah lekang dari pelbagai spekulasi, dunia Hollywood kini gempar pula dengan berita kematian aktor popular Nicolas Cage yang dikatakan telah meninggal dunia akibat kecelakaan ketika bermain ski.

Menurut laporan dari Global Associated News, Nicolas telah pergi bercuti di lokasi bermain ski di Zermatt, Swiss bersama keluarga dan rakannya. Seorang saksi memberitahu bahawa pelakon "Ghost Rider" itu dilihat hilang kawalan terhadap papan luncurnya sebelum dia melanggar sebatang pokok pada kelajuan tinggi.

Akibat dari itu, Cage dikejarkan ke hospital tempatan sebelum dikatakan telah meninggal dunia akibat kecederaan parah
.
Ternyata berita itu hanyalah berita palsu semata-mata untuk kepentingan hiburan.

Pelakon Hollywood pun nak "publisiti murahan"?
Read more ►
 

Copyright © mari berkarya Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger