Minggu, 16 Februari 2014

Wanita Dibunuh Dalam Bilik Barang Hilang

0 komentar

SUBANG JAYA – Tanda tanya seorang kakak apabila mendapati dua pintu bilik tidur berkunci dari dalam terjawab dengan penemuan mayat adik perempuannya di bilik tidur utama sebuah rumah di pangsapuri Court2, USJ6/1 di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, sejak menghuni rumah tingkat empat berkenaan bersama adiknya tujuh tahun lalu, kedua-dua pintu bilik itu tidak pernah dikunci.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kakak mangsa yang berusia 57 tahun memberitahu kali terakhir melihat adiknya kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin sebelum keluar ke tempat kerja di pasar raya berdekatan.

Menurutnya, sebaik pulang dari tempat kerja kira-kira jam 4.30 petang kakak mangsa mendakwa terkejut melihat barang, peralatan rumah dalam keadaan bersepah dan kedua-dua pintu bilik berkunci dari dalam.

Kakak mangsa yang menyangka adiknya sudah keluar bekerja kemudiannya menghubungi menantunya untuk memecahkan pintu bilik kerana ia gagal dibuka.

Sebaik pintu dibuka, mangsa yang masih bujang didapati terbaring dalam keadaan terlentang dengan sebiji bantal menutupi mukanya.

Hasil siasatan katanya, mangsa yang dikenali sebagai Rumaizah Borhan, 54, dipercayai sudah meninggal beberapa jam sebelum mayat ditemui kakaknya.

Pemeriksaan mendapati mangsa yang memakai baju T dan kain dipercayai dipukul dengan objek tumpul di bahagian dahi, hidung dan bibir selain ditekup dengan bantal.

“Barang berharga milik mangsa termasuk barang kemas, telefon bimbit dan jam didapati hilang. Mangsa dipercayai mengenali dan mengecam suspek berikutan tiada kesan umpil di pintu rumah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa sudah menghuni pangsapuri itu lebih 20 tahun lalu dan percaya hanya seorang suspek melakukan jenayah itu kepada mangsa. Tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, keterangan beberapa individu sudah diambil termasuk jiran dan pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Sinar Harian Online
Read more ►

Sabtu, 15 Februari 2014

2 Maut 4 Cedera Dalam Kemalangan 3 Kenderaan

0 komentar




MUAR – Sepasang suami isteri maut manakala tiga wanita dan seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan bas persiaran, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta di Km 25, Jalan Muar-Batu Pahat dekat Sungai Belukang, Sungai Balang di sini malam semalam.

Bekas pengurus tanah perkuburan Cina di Batu Pahat, Tan Chai Soon, 55, dan isteri How Siew Boon, 54, dari Taman Puteri, Bandar Penggaram, maut di tempat kejadian dalam nahas pukul 9 malam itu.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata empat lagi yang cedera ialah tiga yang menaiki bas persiaran termasuk pemandu, manakala seorang lagi penumpang MPV.

Kesemua mereka cedera ringan dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya kemalangan berlaku ketika pasangan suami isteri itu dalam perjalanan balik ke Batu Pahat selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan anak perempuan mereka di bandar ini.

Setiba di tempat kejadian kereta Proton Persona yang dipandu oleh Tai dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu melanggar kenderaan MPV yang dipandu oleh Mazlan Abd Rahim, 55, sebelum merempuh bas persiaran yang dalam perjalanan ke Perlis dari Batu Pahat.

Katanya How yang duduk di sebelah tempat pemandu tercampak keluar dan mengalami cedera parah di kepala manakala suaminya pula tersepit di tempat duduk.

Mazlan bersama lima anaknya tidak mengalami kecederaan tetapi isteri beliau yang dikenali sebagai Hanizah cedera di lengan kiri, katanya.

Ketika kejadian, bas persiaran itu membawa 16 penumpang. – BERNAMA 

Read more ►

Kamis, 06 Februari 2014

Imej Hugo Chavez Dalam Terowong

0 komentar

Caracas – Hugo Chavez mungkin sudah mati Mac lalu tetapi penggantinya berkata, bekas Presiden Venezuela itu masih hidup, dengan imej terbaru wajahnya didakwa dilihat di satu terowong kereta api.

Presiden Nicolas Maduro berkata, pekerja dalam terowong berkenaan melihat imej itu datang dan pergi dan beliau menunjukkan imej yang didakwanya itu di satu perhimpunan di Caracas.

“Lihat gambar ini. Satu wajah. Gambar ini dirakam oleh pekerja. Chavez berada di mana-mana,” kata Maduro yang dipilih Chavez ketika dia sakit untuk menggantikannya apabila dia mati.

Dalam kempen pilihan raya April lalu, Maduro berkata dia melihat Chavez menjelma sebagai burung.
Sejak itu, dalam beberapa ucapannya, dia sering meniru kicauan burung untuk menegur Chavez.

Pengkritik menyelarnya tetapi Maduro tidak kisah. Jun lalu, Maduro mendakwa, Chavez seolah-olah muncul di depannya di gunung di Caracas. “Setiap kali saya melihat gunung itu, saya melihat Chavez muncul,” katanya. – AFP
Read more ►
 

Copyright © mari berkarya Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger