Minggu, 16 Februari 2014

Wanita Dibunuh Dalam Bilik Barang Hilang

0 komentar

SUBANG JAYA – Tanda tanya seorang kakak apabila mendapati dua pintu bilik tidur berkunci dari dalam terjawab dengan penemuan mayat adik perempuannya di bilik tidur utama sebuah rumah di pangsapuri Court2, USJ6/1 di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, sejak menghuni rumah tingkat empat berkenaan bersama adiknya tujuh tahun lalu, kedua-dua pintu bilik itu tidak pernah dikunci.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kakak mangsa yang berusia 57 tahun memberitahu kali terakhir melihat adiknya kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin sebelum keluar ke tempat kerja di pasar raya berdekatan.

Menurutnya, sebaik pulang dari tempat kerja kira-kira jam 4.30 petang kakak mangsa mendakwa terkejut melihat barang, peralatan rumah dalam keadaan bersepah dan kedua-dua pintu bilik berkunci dari dalam.

Kakak mangsa yang menyangka adiknya sudah keluar bekerja kemudiannya menghubungi menantunya untuk memecahkan pintu bilik kerana ia gagal dibuka.

Sebaik pintu dibuka, mangsa yang masih bujang didapati terbaring dalam keadaan terlentang dengan sebiji bantal menutupi mukanya.

Hasil siasatan katanya, mangsa yang dikenali sebagai Rumaizah Borhan, 54, dipercayai sudah meninggal beberapa jam sebelum mayat ditemui kakaknya.

Pemeriksaan mendapati mangsa yang memakai baju T dan kain dipercayai dipukul dengan objek tumpul di bahagian dahi, hidung dan bibir selain ditekup dengan bantal.

“Barang berharga milik mangsa termasuk barang kemas, telefon bimbit dan jam didapati hilang. Mangsa dipercayai mengenali dan mengecam suspek berikutan tiada kesan umpil di pintu rumah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa sudah menghuni pangsapuri itu lebih 20 tahun lalu dan percaya hanya seorang suspek melakukan jenayah itu kepada mangsa. Tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, keterangan beberapa individu sudah diambil termasuk jiran dan pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Sinar Harian Online
Read more ►

Jumat, 14 Februari 2014

Wanita Sebagai Ahli Neraka

0 komentar
Salam semua,


Rambut digantung dan otak mendidih

Saidina Ali Karramallahahu wajhah berkata, ˜saya dengan Fatimah menghadap Rasulullah SAW, kami dapati baginda sedang menangis, lalu kami berkata kepadanya, ˜Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”, Baginda menjawab, ˜Pada malam aku diisrakkan hingga kelangit, di sana aku melihat perempuan-perempuan dalam keadaan azab yang amat dahsyat, dengan itu aku menangis bila mengenangkan azab yang diterima oleh mereka, Ali bertanya, ˜Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah SAW bersabda, ˜aku melihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku melihat perempuan yang digantung lidahnya dan tangannya dikat kebelakang dan iqthran (timah cair yang panas) dicurah ke dalam tekaknya. Aku melihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat, tangannya terikat keubun-ubunnya, dan aku lihat perempuan memakan tali perutnya sendiri.”
˜Aku melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat dari api neraka, otaknya keluar daripada lubang, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta”
˜Aku melihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraannya yang dihadapi. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya atau mulutnya atau kelepasannya. Malaikat memukulnya dengan curung api neraka.”
Sebab-sebab wanita masuk neraka
Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya, ˜ Ayahanda yang dikasihi, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”
Rasulullah menjawab, ˜Fatimah, adapun perempuan-perenpuan yang digantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup auratnya daripada yang bukan muhrimnya. Perempuan yang tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.”
˜Perempuan yang digantung tubuh mereka ialah yang menyusukan anak orang lain dengan tidak mendapat keizinan suaminya. Perempuan yang kedua kakinya tergantung ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa keizinan suaminya dan perempuan yang tidak mahu bersuci daripada haid dan nipas. Perempuan yang memakan dirinya sendiri itu ialah kerana mereka berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat orang”.
˜Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, ialah kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya, dan tidak mahu mandi janabah”
˜Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang berupa seperti anjing ialah perempuan yang suka buat fitnah dan membenci suaminya.”
˜Perempuan yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang tujuh puluh hasta, kemudian diikat ke belakang tengkuknya.”
Sementara itu Saidina Abu Bakar As-Siddiq menyatakan, ˜Aku mendengar Rasulullah bersabda, รข€˜Perempuan yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat para malaikat dan laknat oleh manusia.”
Tidak bersyukur kepada suami
Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ˜Seseorang perempuan itu, apabila ia mengerjakan sembahyang lima waktu, dan berpuasa dalam bulan Ramadhan, dan memelihara kehormatannya dan taat setia kepada suaminya, masuklah ia ke dalam syurga dari mana jua pintu syurga yang ia kehendaki.”
Sabda Rasulullah SAW lagi:
˜Selain dari itu, ahli neraka diperintah masuk kedalam neraka, dan aku telah berdiri menghadap Rasulullah SAW seraya bertanya: ˜Ya Rasulullah, kebanyakkan orang yang masuk kedalamnya ialah perempuan. ˜Rasulullah SAW menjawab: ˜Kebanyakan penghuni neraka itu adalah perempuan kerana perempuan gemar sekali mengkufurkan suaminya. Seberapa banyakpun nikmat yang telah diperolehinya, dia masih belum rasa puas hati dan cukup sehingga terus merayu suaminya untuk mendapatkan harta yang banyak.”
Ambillah manfaat, dengar, taat dari apa yang kita bacakan.
sumber


Read more ►

Selasa, 11 Februari 2014

Polis dikecam kerana pukul wanita

0 komentar

  20 Ogos 2013

 
 Ilustrasi (Asia One)

Paris - Video penganiayaan seorang wanita berkulit hitam oleh seorang polis  Perancis menuai kemarahan orang ramai. Menyikap  hal ini, pendakwa penuntut setempat langsung melakukan penyiasatan mendalam.

Menteri Dalam Negeri Perancis Manuel Valls berkata , pendakwa wilayah di kota Tours telah memerintahkan  polis  Perancis (IGPN) untuk menyiasat video ini lebih lanjut. Video yang diberi judul Shame on the French police ini diunggah ke internet sejak  18 Ogos lagi.

"Penyiasatan sedang dijalankan. Kes ini telah diserahkan kepada IGPN," ujar Manuel Valls seperti dilansir AFP, Selasa (20/8/2013).

"Kami perlu mengetahui seluruh kebenarannya dan secara transparan... Polis  seharusnya tidak bercela, sebahagian besar polis  melakukan tugas yang sukar dan luar biasa," imbuhnya.

Video berdurasi 8 minit ini nampaknya diambil dari tingkat atas salah satu bangunan di wilayah pinggiran Tours. Terlihat dalam video, dua polis  yang sedang mengamankan seorang wanita di jalanan.

Video ini tidak menunjukkan tindak penganiayaan sejak awal. Video ini diawali ketika polis  berusaha menghentikan sebuah kereta yang melaju dengan sembrono. Diyakini video ini diambil pada  18 Ogos pagi waktu setempat.

Hingga pertengahan Selasa   20 ogos , video ini sudah ditonton lebih dari 660 ribu kali di laman berbagi video, YouTube.

Menurut surat khabar setempat, La Nouvelle Republique, pemandu kereta   yang dihentikan oleh polis  tersebut dalam kondisi mabuk dan menolak untuk melakukan ujian alkohol. Penumpang wanita yang ada di dalam kereta yang sama ikut campur dan menggigit lengan salah seorang polis  berulang kali.

Dalam video tersebut, terlihat kedua polis  bergelut dengan wanita tersebut di jalanan. Para polis  tersebut bahkan sempat memukul si wanita dengan tongkat pada bahagian tubuh dan wajahnya.

Kerana tidak boleh melumpuhkan wanita tersebut, salah seorang polis  kemudian mengambil gas pemedih mata dan menyemburkannya langsung ke wajah wanita tersebut. Polis  juga menyemburkan gas pemedih mata kepada penumpang wanita lainnya, sebelum akhirnya kereta polis  lainnya datang ke lokasi.

Video ini menuai kemarahan orang ramai dengan lebih dari 11 ribu komentar di YouTube yang mengecam kekerasan ini. "Bravo  Polis  Perancis! Sangat tidak sopan, kejam, dan rasis. Benar-benar memalukan," bunyi salah satu komentar.

Kendati demikian, sejumlah komentar lainnya tidak menghakimi. Mereka menyebut video tersebut tidak menunjukkan keseluruhan adegan ketika kejadian dan membela polis  dengan mengatakan mereka mungkin hanya membela diri.
  sumber:detikNews
Read more ►
 

Copyright © mari berkarya Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger