Selasa, 11 Maret 2014

Perdana Menteri ditangkap ketika mencuba meninggalkan negara ke Peranchis

0 komentar

Tribunnews.com - Selasa, 11 Desember 2012 
Cheik Mobido Diarra
Cheik Mobido Diarra dianggap berupaya menggagalkan dialog politik demokratis Mali.
Perdana Menteri Mali ditangkap ketika mencuba meninggalkan negara ke Peranchis.

Seorang juru cakap tentera kepada BBC mengatakan, Cheik Mobido Diarra dipercayai mencuba untuk menggagalkan rancangan dialog politik demokrasi.
Penahanan ini atas perintah tentera yang membantunya dalam kudeta Mac silam.

Tensi antara tentera yang memimpin kudeta dengan perdana menteri sipil ini semakin meningkat dalam beberapa minggu terakhir.
"Dia ingin meninggalkan negara setelah menghasut masalah, kata Bakary Mariko, seorang jurucakap tentera kepada Reuters.

Potensi meledak

Seorang anggota rombongan presiden mengkonfirmasikan bahawa perdana menteri telah ditangkap, demikian laporan AFP.
AFP melaporkan perdana menteri merancang ke Peranchis untuk keperluan ujian kesihatan.

Cheik Mobido Diarra memimpin pemerintahan sementara persatuan nusantara.
Dibentuk Ogos lalu dalam sebuah usaha untuk mengembalikan stabiliti pasca kudeta, yang membuat Islamik dan separatis Tuareg menguasai kawasan utara Mali.
PBB memperingatkan bahawa kawasan utara Mali sekarang sebagai salah satu sudut dunia paling berpotensi untuk meledak.

  |  Sumber: BBC Indonesia
Read more ►

Kamis, 06 Maret 2014

PRU pertengahan April selepas PM tamat jelajah negara

0 komentar

February 21, 2013
The Star melaporkan semalam Najib mahu segalanya diselesaikan pada akhir Mac, merujuk kepada manifesto, senarai calon dan persediaan umum. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 21 Feb – Pilihan raya umum (PRU) ke 13 dijangka akan berlaku pada minggu kedua April, sebulan selepas Datuk Seri Najib Razak tamat jelajah “Janji Ditepati” dan Barisan Nasional (BN) selesai menyiapkan senarai calon dan manifesto, kata satu sumber.
 
The Malaysian Insider difahamkan, perhentian terakhir jelajah perdana menteri adalah kawasan parlimennya Pekan pada 16 Mac dimana beliau dijangka akan bertemu dengan Yang Di Pertuan Agong selepas itu untuk membubarkan parlimen.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kebiasaannya menetapkan tarikh pilihan raya tiga minggu selepas parlimen dibubarkan, jadi kami jangka paling awal adalah pertengahan April,” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider.
Terdapat spekulasi parlimen akan dibubarkan minggu ini dan PRU akan diadakan pada akhir Mac, lebih lima tahun selepas PRU terdahulu pada 8 Mac, 2008.
Akan tetapi sumber BN menafikan spekulasi tersebut, mengatakan satu-satunya acara berkaitan pilihan raya minggu ini adalah SPR akan mengazetkan daftar pemilih terbaru esok.
SPR akan menetapkan tarikh pilihan raya dengan 10 hari tempoh berkempen dan dijangka akan melakukannya selepas parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan kecuali bagi DUN Sarawak. Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.
“PM mempunyai masa sehingga 28 April untuk mengadakan pilihan raya. Beliau akan mengambil masa,” kata sumber tersebut, dengan menambah pemimpin BN akan menyemak manifesto dan senarai calon dengan berhati-hati untuk memastikan kombinasi kemenangan.
The Malaysian Insider, sebelum ini, melaporkan manifesto BN akan siap pada akhir bulan ini dan aktivis dari parti komponen telah mula bekerja di bawah.
The Star melaporkan semalam Najib mahu “segalanya diselesaikan” pada akhir Mac, merujuk kepada manifesto, senarai calon dan persediaan umum.
Akhbar berbahasa Inggeris milik MCA itu juga mengatakan Najib menghadapi kesukaran untuk melantik calon Menteri Besar untuk Kedah dan Selangor yang cuba dirampas semula BN.
“Tanpa nama calon MB yang dicadangkan sebelum pilihan raya, Najib akan berdepan kesukaran untuk meyakinkan pengundi bahawa BN serius untuk menawan kembali negeri itu,” kata satu sumber kepada The Star.
The Malaysian Insider difahamkan senarai menteri besar akan siap akhir bulan ini selepas Majlis Raja-raja bersidang pada 26 Febuari.
Beberapa menteri besar dijangka akan digugurkan atau dipindahkan ke peringkat pusat bagi yang telah berkhidmat lebih dari tiga penggal di negeri mereka.

“Najib serius dengan transformasi, tentang memperbaharui parti, jadi perlu menukar menteri besar seperti mana Dr Mahathir lakukan pada 1982,” kata orang kuat Umno kepada The Malaysian Insider merujuk kepada rombakan pemimpin negeri dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mendapatkan mandat sebagai perdana menteri pada Pilihan Raya 1982.

Di kalangan menteri besar atau ketua menteri yang mungkin perlu di tukar adalah dari Johor, Melaka dan Pahang selain dari muka baru di Kedah dan Selangor.
The Star turut melaporkan beberapa pemimpin BN mengatakan, Najib mahu menggelakkan tarikh dari 29 Mac hingga 4 April untuk tarikh pilihan raya.

Ini kerana, kata mereka, tarikh tersebut jatuh pada cuti Good Friday pada 29 Mac dan Easter pada 31 Mac manakala Qing Ming pula pada 4 April.
Oleh kerana 4 April jatuh pada hari Khamis, kebanyakan masyarakat Cina memilih untuk membersihkan kubur nenek moyang mereka sepanjang hujung minggu iaitu 6 dan 7 April.
“Kebanyakan kaum Cina pulang ke kampung halaman dan pilihan raya pada minggu tersebut mungkin tidak mendapat sambutan,” kata akhbar tersebut. TMI
Read more ►

Kamis, 13 Februari 2014

10 Negara Salju Terindah

0 komentar
Hampir semua negara yang berada di luar garis 40 derajat lintang selatan dan 40 derajat lintang utara selalu mengalami hujan salju pada periode tertentu. Salju yang turun kadang bisa menambah keindahan, tapi juga bisa memperburuk keindahan. Banyak sekali negara yang justru mempunyai pemandangan yang indah dikarenakan salju yang turun. 

Dan dari sekitar enam puluhan negara yang merasakan hujan salju,meskipun negara Indonesia kita ini tidak terkena dampak dari hujan salju yang indah tersebut. Tetapi ada daftar 10 negara yang dianggap sebagai negara salju terindah yang perlu kita simak. yang dimaksud dengan negara salju terindah ini adalah negara yang mempunyai pemandangan indah dikarenakan adanya salju yang turun.

Berikut adalah negara tersebut :

1. Swiss

Swiss adalah salah satu negara di Eropa tengah yang mempunyai pemandangan yang Indah. negara yang berbatasan langsung dengan Jerman,Prancis, Italia, dan Austria ini sebagian besar merupakan wilayah lereng pegunungan Alpen yang terkenal keindahanya, maka dari itu tak heran jika swiss memiliki pemandangan alam salju terbaik di dunia.

2. New Zealand


Dari daftar 1o negara salju terbaik ini, New Zealand adalah satu-satunya negara yeng berada di belahan bumi selatan.Negara kepulauan di Barat daya samudera barat pasifik ini mempunyai keindahan alam pegunungan yang sangat luar biasa

3. Alaska (USA Territory)


Dalam hal ini, Alaska dianggap sebagai negara bagian. Hal ini dikarenakan alaska merupakan negara bagian Amerika serikat yang letaknya terpisah dari negara Induknya. dari semua negara bagian Amerika serikta, alaska adalah negara bagian yang memilik pemandangan alam salju terindah.

4. Kanada


Negara yang terbentang dari samudera Atlantik dan selat davis sampai samudera pasifik ini merupakan negara amerika yang terletak di bagian paling utara.Di padang rumput Kanada yang luas dan datar terdiri dari provinsi Manitoba, Saskatchewan dan Alberta, menyebar menuju Pegunungan Rocky ini akan berubah menjadi surga salju di musim dingin karna saking indahnya.

5. Prancis
Walaupun Prancis adalah salah satu negara di eropa Barat, tapi perancis adalah salah satu negara yang dilalui oleh lintasan pegunungan Alpen. tak heran jika pemandanganya indah, Apalagi jika ditambah dengan pemandangan pegunungan mount Blanc yang berada di pesisir selatan Eropa Barat ini, maka akan semakin menambah keindahan pemandangan alam Prencis.

6. Norwegia
Memang tak salah jika Norwegia mempunyai pemandangan salju terindah, Hal ini dikarenakan letak negara norwegia yang berada di semenanjung skandinavia dan berbatasan langsung dengan samudera atlantik. Norwegia adalah negara yang bergunung-gunung dan sebagian besar tertutup oleh gletser.

7. Islandia
Islandia adalah negara yang sebagian tertutup oleh Salju Es, oleh karna itu negara ini dinama iceland atau islandia (tanah Es). Neagara yang berdekatan dengan Greenland ini terletak di bagian utara samudera atlantik.

8. Jepang.

Negeri sakura yang memiliki pemandangan alam padang salju yang indah. negeri ini terletak di sekitaran 41 derajat lintang utara. jika tiba musim dingin, maka pemandangan kota akan tampak seperti negeri dongeng, terlebih lagi jika kita melihat pemandangan salju di lereng gunung Fuji.

9. Swedia

adalah sebuah negara Nordik di Skandinavia, Negara ini berbatasan dengan Norwegia di barat dan Finlandia di timur laut, Selat Skagerrak dan Selat Kattegat di barat daya, serta Laut Baltik dan Teluk Bothnia di timur. dulu negara ini pernah menjadi negara termiskin di eropa pada abad ke 19, tapi karna keindahan alamnya, negar ini menjadi tujuan wisata terkenal dan kemudian bisa membangun negara ini menjadi lebih baik.

10.Korea Selatan

Korea adalah salah satu negara 4 musim yang topografinya berupa pegunungan. Pegunungan di wilayah timur umumnya menjadi hulu sungai-sungai besar, seperti sungai Han dan sungai Naktong. Di musim dingin, pegunungan di korea selatan berubah menjadi pegunungan salju yang sangat Indah.

sumber
Read more ►
 

Copyright © mari berkarya Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger