Jumat, 07 Maret 2014

Kesan Buruk Pada Ekonomi Sekiranya Pengikut Kiram Dari Filipina Lancar Perang Gerila Ke Sabah

0 komentar
SHAH ALAM – Jamalul Kiram III yang mengarahkan pengikutnya yang masih bertahan di Sabah untuk melancarkan perang gerila perlu dipandang serius.
 
Bekas Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohamad Said berkata, arahan tersebut tidak mengejutkan kerana ia pasti dibuat selepas gagal dalam gerakan menuntut Sabah.

Menurutnya, mereka tiada jalan lain, maka sudah tentu Jamalul mengarahkan pengikut dan penyokong beliau di Filipina dan Sabah beralih kepada perang gerila.

 
“Jika berlaku demikian, maka masalah ancaman gerila dan keselamatan berpanjangan di Sabah. Pasukan keselamatan perlu menghapus mereka.

“Kerajaan perlu mendapat kerjasama kerajaan Filipina supaya mengharamkan Kesultanan Sulu dan mengekang pergerakan militan ke Sabah,” katanya.


Kelmarin, melalui laporan media Filipina, philstar.com, Kiram mengarahkan pengikutnya melancarkan perang gerila kerana kononnya menganggap mereka sudah berada di tanah air sendiri iaitu Sabah.

Zaini berkata, rakyat Sabah diingatkan perlu bantu pasukan keselamatan dan kerajaan dalam menghadapi tentera militan Kiram.
 
Beliau berkata, kerajaan juga perlu menguatkan pertahanan di persisiran pantai dan laut di Sabah.

“Mungkin juga perlu diwujud pasukan kawalan kampung yang bersenjata untuk bantu pasukan keselamatan.

“Rakyat mesti bersatu dan tunjuk kecintaan kepada negara,” katanya.

Menurutnya, perang gerila akan memakan masa lama kerana tentera militan Kiram tidak akan menunjukkan diri secara berdepan dan teknik serang hendap akan digunakan.
 
“Mereka mungkin melakukan kerja biasa, menghasut dan mereka memerlukan bantuan. Tentera militan Kiram perlu dihapuskan kerana khuatir jika ia berpanjangan akan memberikan kesan kepada ekonomi negara khususnya di Sabah.


“Kita perlu kawal di kawasan mudah terima musuh. Kita perlu buktikan kepada bakal musuh, kita mampu lawan dan pertahan negara," katanya.
 
Dalam perkembangan sama, ditanya sama ada Semenanjung Malaysia akan menerima kesan daripada serangan militan ini, beliau berkata, Semenanjung tidak akan diserang, tetapi ia beri kesan kepada ekonomi.

“Kita terpaksa guna banyak kos untuk biayai perang gerila. Imej dan persepsi negara terjejas kerana dianggap tidak selamat menyebabkan pelabur teragak-agak untuk melabur dan jurang pendapatan ekonomi kepada penduduk Sabah besar,” katanya.

 
Selain itu, beliau turut menasihatkan pasukan keselamatan agar kekalkan semangat, berusaha keras demi keselamatan dan kesejahteraan negara serta rakyat.

“Rakyat pula perlu bersatu padu menyokong usaha pasukan keselamatan dan kerajaan. Mereka perlu sentiasa yakin terhadap diri bahawa kita mampu menentang militan.

“Perang gerila berlaku bergantung kepada rakyat dan mematahkan serangan gerila juga 
Read more ►

Kamis, 06 Maret 2014

PRU pertengahan April selepas PM tamat jelajah negara

0 komentar

February 21, 2013
The Star melaporkan semalam Najib mahu segalanya diselesaikan pada akhir Mac, merujuk kepada manifesto, senarai calon dan persediaan umum. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 21 Feb – Pilihan raya umum (PRU) ke 13 dijangka akan berlaku pada minggu kedua April, sebulan selepas Datuk Seri Najib Razak tamat jelajah “Janji Ditepati” dan Barisan Nasional (BN) selesai menyiapkan senarai calon dan manifesto, kata satu sumber.
 
The Malaysian Insider difahamkan, perhentian terakhir jelajah perdana menteri adalah kawasan parlimennya Pekan pada 16 Mac dimana beliau dijangka akan bertemu dengan Yang Di Pertuan Agong selepas itu untuk membubarkan parlimen.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kebiasaannya menetapkan tarikh pilihan raya tiga minggu selepas parlimen dibubarkan, jadi kami jangka paling awal adalah pertengahan April,” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider.
Terdapat spekulasi parlimen akan dibubarkan minggu ini dan PRU akan diadakan pada akhir Mac, lebih lima tahun selepas PRU terdahulu pada 8 Mac, 2008.
Akan tetapi sumber BN menafikan spekulasi tersebut, mengatakan satu-satunya acara berkaitan pilihan raya minggu ini adalah SPR akan mengazetkan daftar pemilih terbaru esok.
SPR akan menetapkan tarikh pilihan raya dengan 10 hari tempoh berkempen dan dijangka akan melakukannya selepas parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan kecuali bagi DUN Sarawak. Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.
“PM mempunyai masa sehingga 28 April untuk mengadakan pilihan raya. Beliau akan mengambil masa,” kata sumber tersebut, dengan menambah pemimpin BN akan menyemak manifesto dan senarai calon dengan berhati-hati untuk memastikan kombinasi kemenangan.
The Malaysian Insider, sebelum ini, melaporkan manifesto BN akan siap pada akhir bulan ini dan aktivis dari parti komponen telah mula bekerja di bawah.
The Star melaporkan semalam Najib mahu “segalanya diselesaikan” pada akhir Mac, merujuk kepada manifesto, senarai calon dan persediaan umum.
Akhbar berbahasa Inggeris milik MCA itu juga mengatakan Najib menghadapi kesukaran untuk melantik calon Menteri Besar untuk Kedah dan Selangor yang cuba dirampas semula BN.
“Tanpa nama calon MB yang dicadangkan sebelum pilihan raya, Najib akan berdepan kesukaran untuk meyakinkan pengundi bahawa BN serius untuk menawan kembali negeri itu,” kata satu sumber kepada The Star.
The Malaysian Insider difahamkan senarai menteri besar akan siap akhir bulan ini selepas Majlis Raja-raja bersidang pada 26 Febuari.
Beberapa menteri besar dijangka akan digugurkan atau dipindahkan ke peringkat pusat bagi yang telah berkhidmat lebih dari tiga penggal di negeri mereka.

“Najib serius dengan transformasi, tentang memperbaharui parti, jadi perlu menukar menteri besar seperti mana Dr Mahathir lakukan pada 1982,” kata orang kuat Umno kepada The Malaysian Insider merujuk kepada rombakan pemimpin negeri dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mendapatkan mandat sebagai perdana menteri pada Pilihan Raya 1982.

Di kalangan menteri besar atau ketua menteri yang mungkin perlu di tukar adalah dari Johor, Melaka dan Pahang selain dari muka baru di Kedah dan Selangor.
The Star turut melaporkan beberapa pemimpin BN mengatakan, Najib mahu menggelakkan tarikh dari 29 Mac hingga 4 April untuk tarikh pilihan raya.

Ini kerana, kata mereka, tarikh tersebut jatuh pada cuti Good Friday pada 29 Mac dan Easter pada 31 Mac manakala Qing Ming pula pada 4 April.
Oleh kerana 4 April jatuh pada hari Khamis, kebanyakan masyarakat Cina memilih untuk membersihkan kubur nenek moyang mereka sepanjang hujung minggu iaitu 6 dan 7 April.
“Kebanyakan kaum Cina pulang ke kampung halaman dan pilihan raya pada minggu tersebut mungkin tidak mendapat sambutan,” kata akhbar tersebut. TMI
Read more ►

Rabu, 05 Maret 2014

Burung Purba Yang Seindah Kupu kupu

0 komentar
Ternyata warna burung purba tersebut sangat indah, mirip dengan warna kupu-kupu. Andai saja burung tersebut masih hidup, pasti banyak wanita pecinta burung yang akan memeliharanya. Tapi ini termasuk burung yang buas.

[imagetag]

Para ilmuwan yang berasal dari Museum Sejarah Arkeologi Beijing telah memecahkan secara lengkap kode misteri warna tubuh burung purba yang dikenal dengan Archiornis huxleyi.

[imagetag]

Archiornis huxleyi yang hidup kira-kira 155 juta tahun lalu ini termasuk jenis dinosaurus purba, hewan sejenis burung buas dan berkaki kecil.

[imagetag]

Untuk memecahkan misteri warna burung purba ini, para ilmuwan Beijing bekerja sama dengan ilmuwan ahli dinosaurus,, ilmuwan ahli burung modern, dan ilmuwan ahli burung kuno yang berasal dari Peking University, Yale University, University of Texas, dan University of Akron.

geographic news

Sumber

#bcfda5
Read more ►

Selasa, 04 Maret 2014

Editor wartawan Suara Keadilan dipanggil polis

0 komentar

KUALA LUMPUR 10 Mac: Editor Suara Keadilan, Fazallah Pit dan wartawan Aisha Geoffrey memberi keterangan hari ini di Ibu Pejabat Daerah Polis Petaling Jaya berikutan laporan Polis terhadap Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Aisha terlebih dahulu dipanggil memberi keterangan kira-kira jam 2.50 petamg. Kedua mereka diiringi peguam Lawyers For Liberty (LFL), Eric Paulsen.
 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Read more ►

Senin, 03 Maret 2014

Bukan Penyebab Fizo Omar Putus Cinta

0 komentar
Diana

Kakak kepada pelakon jelita, Anzalna Nasir iaitu Diana mengakui memang berkawan rapat dengan Fizo Omar. Namun wanita ini menafikan sekeras-kerasnya desas-desus mengatakan dia lah yang menjadi penyebab pelakon kacak itu putus cinta baru-baru ini.
Biarpun dalam laporan media menyebut, Fizo menjelaskan punca perpisahan antara dia dan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Haas itu kerana tiada keserasian antara mereka. Namun masih ada pihak yang mendakwa Diana adalah orang ketiga dalam hubungan Fizo dan Haas, memandangkan Diana pernah digosipkan dengan Fizo sikit masa dulu.
“Saya orang ketiga? Tidak lah! Kejamnya soalan awak ni… “, kata Diana sambil tersenyum ketika wakil media memintanya mengulas mengenai dakwaan tersebut.
Diana yang juga merupakan pemilik bersama Hermanas (berkongsi dengan Anzalna dan adik beradiknya yang lain) ditemui di boothnya, di Femes Baazar sempena Festival Hari Belia 2013, di Putrajaya semalam.
“Saya tak mahu komen panjang benda ni, nanti orang akan lagi lah tambah cakap yang bukan-bukan. Ya, kami memang kawan rapat sejak dua tahun lalu. Tapi saya bukan orang ketiga, okay. Tak benar! Sejak akhir-akhir ni kami pun jarang berjumpa, cuma kadang-kadang ada lah BBM (Blackberry Messanger) atau Whats app dia. Saya pun tak mahu lah kacau dia sebab dia dah ada kekasih.
“Tapi bila keluar berita dia berpisah, saya dah dapat agak dah, orang mesti nak kaitkan saya, kata Diana Nasir orang ketiga lah… dan sebagainya. Padahal saya bukan orang ketiga, okay. Dakwaan tu tak benar. Tapi apa nak buat… saya terima dan biarkan saja lah. Mulut orang kan… lantak lah”, ujarnya yang turut memberitahu cukup selesa berkawan dengan Fizo.
fizoomardiananasir-1
Diana dan Fizo sebelum pernah digosipkan kononnya bercinta,tidak lama dulu.
Sumber: Malaysian Digest
Read more ►

Minggu, 02 Maret 2014

Bagi majikan minum air kencing pembantu rumah dipenjara

0 komentar

22 Jun 2012

DUBAI - Seorang pembantu rumah tangga (PRT) di Dubai, Uni Emirat Arab (UEA) terpaksa harus mendekam di penjara. PRT asal Asia ini diketahui mencampur teh majikannya dengan air kencing.

Menurut keterangannya kepada pihak kepolisian, perbuatan itu dilakukannya atas saran dari seorang teman.

"Perempuan ini mengatakan, salah seorang temannya menyarankan ia untuk mencampur air kencing di dalam teh serta bak mandi majikannya selama beberapa waktu. Hal ini diyakini dapat mengubah sifat majikannya menjadi lebih baik dan lebih ramah kepadanya," tulis Suratkabar Albayan, yang dikutipEmirates247, Kamis, (21/6/2012).

PRT itu mengaku, selama ini ia diperlakukan kasar oleh sang majikan yang kerap mengeluhkan tinjauan pekerjaannya dan memarahinya tanpa sebab yang jelas. Oleh karena itu ia tertarik mencoba saran yang diberikan temannya dengan mencampurkan air kencingnya ke dalam teh dan bak mandi majikannya.

Namun, bukannya bertinjauan sang PRT justru terpaksa ditahan oleh pihak kepolisian setempat karena perbuatannya itu.


* Sumber okezone.com
Read more ►

Sabtu, 01 Maret 2014

VIDEO Hari Paling Malang Buat Lelaki Ini

0 komentar


Rasa anda sedang melalui hari yang teruk?

Bawa bersabar dan cuba tonton video di bawah. Mesti serta merta rasa bersyukur sebab hari anda mungkin tak seteruk lelaki ini!

Dalam video yang dipercayai rakaman CCTV, seorang lelaki kelihatan mengejar bola golf apabila kepalanya ditimpa palang membuatkannya terjatuh dalam kesakitan.

Jika itu belum cukup malang, dalam keadaan dia masih terlantar kerana sakit di kepala, kereta yang sedang menanti untuk masuk pula menggilis kakinya tidak lama kemudian.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kecederaan dialami lelaki ini namun dia kelihatan melonjak bangun sebaik sahaja kereta tersebut menggilis kakinya, barangkali kerana terlalu terkejut, sakit dan tidak rela jika ada kereta lain pula yang datang melanggarnya selepas itu.

Difahamkan, tidak banyak maklumat diperoleh tentang tempat kejadian dan mangsa terlibat namun didoakan dia baik-baik sahaja selepas insiden berkenaan. – REM RAMZI

Read more ►
 

Copyright © mari berkarya Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger