Minggu, 22 Desember 2013

Lelaki Maut Ditembak Di Depan Restoran Di Penampang

0 komentar

Seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun terbunuh dalam kejadian tembak dari dalam kereta ketika berjalan keluar dari sebuah kedai kopi India Muslim di kompleks komersial Beverly Hills, di Penampang kira-kira pukul 10.15 malam Sabtu.
Lelaki itu dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth oleh sebuah kereta peronda polis, tetapi disahkan meninggal dunia lewat malam Ahad.
Polis masih belum mendedahkan identiti ahli perniagaan itu, yang dikatakan baru sahaja meninggalkan kedai kopi selepas minum dengan beberapa rakan.
Sebaik sahaja beliau meninggalkan kedai kopi itu, seorang lelaki yang tidak dikenali yang sedang menunggu di dalam kereta menembak di bahagian perut dan segera memecut.
Polis peronda yang berada berdekatan kawasan mendengar tembakan dan segera tiba ke tempat kejadian, membawa lelaki itu ke hospital.
Pihak polis segera mengadakan sekatan jalan raya di seluruh bandar dalam usaha untuk menangkap penyerang.
Difahamkan, polis juga merekodkan kenyataan daripada rakan-rakan ahli perniagaan itu. sumber

Read more ►

Sabtu, 21 Desember 2013

Bila perlu servis utama

0 komentar

ENJIN kereta moden terbina daripada ratusan atau ribuan komponen bergerak yang saling berhubung antara satu lain bagi melengkapkan kitaran operasi.
Komponen itu dibina daripada material yang berbeza dan memiliki jangka hayat tertentu bergantung kepada ketahanan dan jangka hayat bahan tersebut.

Jadi, bagi memudahkan penjadualan gantian komponen, pihak pengeluar bersepakat untuk menyeragamkannya mengikut batuan perjalanan.
Semuanya dirujuk dengan melihat jarak perjalanan yang telah dilalui oleh kenderaan tersebut dalam odometer yang dipasangkan standard pada semua kenderaan bermotor.
Penyelenggaraan berkala yang pendek termasuklah penukaran minyak pelincir, bendalir kotak gear, cecair brek dan stereng kuasa, air radiator, pad brek, pengelap cermin, tayar dan beberapa yang lain.
Ia ditukar pada kadar perjalanan setiap 3,000 kilometer (km), 5,000 km, 10,000 km mengikut jenis kenderaan, ataupun berdasarkan pemerhatian fizikal.
Penyelenggaraan utama pula adalah komponen bergerak yang lebih panjang jangka hayatnya seperti tali sawat dan pelapik klac (untuk kereta manual).
Tali sawat
Enjin-enjin moden kebanyakannya menggunakan susunan silinder menegak yang disebut over head camshaft (OHC).


PASTIKAN anda menggunakan khidmat mekanik yang bertauliah semasa menukar tali sawat kereta.



Berbeza dengan teknologi lama seperti pushrod, enjin-enjin moden lebih kompak, ringan dan ekonomikal.
Susunan enjin itu memastikan silinder mempunyai jarak perjalanan yang maksimum dalam sebuah silinder yang kecil di mana crankshaft dihubungkan dengan aci-sesondol di bahagian kepala silinder dengan tali sawat.
Tugas tali sawat ialah memastikan crank atau engkol berpusing tepat sebagaimana aci-sesondol menekan balik injap, seterusnya palam pencucuh menghasilkan percikan api kepada kepala omboh.
Penentuan masa (timing) yang betul amatlah kritikal ketika pemasangan tali sawat kerana sedikit sahaja kesilapan, keharmonian pergerakan semua komponen itu akan terjejas.


TALI sawat kereta biasanya mempunyai jangka hayat batuan 100,000 km.



Tali sawat kenderaan mempunyai jangka hayat yang tertentu. Sila rujuk buku panduan kenderaan anda. Dalam kolum jadual penyelenggaraan biasanya dicadangkan batuan yang sesuai untuk ditukar tali sawat tersebut.
Sesetengah kereta pula terdapat pelekat khas yang diletakkan pada penutup rocker enjin untuk mengingatkan pengguna masa yang sepatutnya tali sawat ditukar.
Rata-rata pengeluar mencadangkan tali sawat ditukar selepas batuan mencecah 100,000 km. Namun, ada juga yang mencadangkan 60,000 km, 80,000 km dan sebagainya. Ia bergantung pada jenis kereta dan enjin.
Penukaran komponen itu perlu diambil serius kerana anda akan menghadapi mimpi ngeri sekiranya tali sawat putus secara tiba-tiba ketika enjin bergerak.
Bagi keadaan yang teruk, omboh boleh retak atau pecah dan injap kepala silinder boleh bengkok. Kos pembaikannya melibatkan proses yang disebut overhaul iaitu enjin yang mengalami masalah serius, perlu dileraikan dan digantikan komponen pakai lusuh yang lain.
Pemasangan tali sawat itu juga perlu dilakukan oleh mereka yang pakar. Enjin susunan empat silinder sebaris dengan aci sesondol tunggal biasanya lebih mudah.
Namun, bagi enjin dengan dua aci sesondol (DOHC) lebih sukar, malah enjin-enjin susunan V seperti Perdana V6 yang memiliki empat aci sesondol adalah lebih rumit.
Banyak kes terjadi, kereta kehilangan kuasa atau langsung tidak boleh dihidupkan selepas tali sawat ditukar akibat kesilapan menentu ukur pemasa tali sawat pada kedudukan yang tepat.
Timing chain
Namun tidak semua enjin jenis OHC menggunakan tali sawat. Ada segelintir yang menggunakan timing chain. Mekanismanya sama, namun komponennya lebih kukuh yang diperbuat daripada besi seperti yang terdapat pada motosikal.
Berbeza dengan timing belttiming chain memiliki jangka hayat yang lebih lama. Lazimnya lebih sekali ganda daripada usia timing belt, namun kos penggantian biasanya lebih tinggi selain pemasangan yang agak kompleks.


TIMING chain mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding tali sawat.



Enjin yang menggunakan mekanisme itu ada yang dicadangkan pada batuan 200,000 km. Sama seperti timing belt, ia perlu diselenggara bila tiba masanya.
Bila jangka hayat komponen tersebut telah sampai masanya untuk ditukar, jangan berlengah lagi. Seperkara lagi yang lebih penting, pastikan peralatan tersebut adalah yang asli.
Walaupun harganya lebih mahal daripada komponen tiruan, ia dijamin pengeluar dan melalui proses kawalan kualiti yang rumit.
Ia telah diuji dan bertepatan dengan spesifikasi pengeluar. Jangan mengambil risiko berjimat dengan menggunakan komponen tiruan kerana tali sawat dan timing chain ibarat nyawa kenderaan.
Source Link
Read more ►

Jumat, 20 Desember 2013

Jual Baju Di Ebay Terjual Diri Sekali

0 komentar
Jual Baju Di Ebay, Terjual Diri Sekali?


Memalukan apabila seorang wanita dengan tidak sengaja telah mengambil gambarnya yang sedang berbogel lalu memuat naik gambar berkenaan di Ebay.
Ceritanya, dia ingin menangkap gambar dress kuning yang ingin dijualnya itu.
Tetapi tidak perasan semasa dia mengambil gambar, terdapat cermin disebelahnya yang menampakkan seluruh tubuh wanita itu.
Lalu gambar tubuhnya termasuk sama dalam kamera tersebut dan dia pun terus memuatnaik di Ebay.
Baju yang hendak dijual, gambar tubuh pula termasuk sekali.
Kesian, dia pun tak perasan. Lain kali berhati-hati la semasa ambil gambar tu ye.
Lagi-lagi kalau tengah tak pakai baju, boleh mengundang padah!
1
2
Oleh: KASIH ISA
Read more ►

Kamis, 19 Desember 2013

Adi Putra Semakin Demanding

0 komentar

Adi Putra Semakin Demanding?
Adi Putra Semakin Demanding? - Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan mengeluarkan dakwaan kononnya pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra sudah semakin demand apabila berani meletakkan harga yang tinggi jika ingin menggunakan khidmatnya dalam sesebuah produksi.
Menurut Adi Putra, dia sendiri tidak mahu mengia atau menidakkan dakwaan tersebut, akan tetapi lebih sifat terbuka untuk menerima setiap kritikan yang dilemparkan ke atas dirinya.
“Saya bersyukur cerita sebegitu keluar. Saya teringat pesan ibu saya, katanya kalau kita selalu diperkatakan bererti ada orang yang ambil berat tentang diri kita dan kita masih dalam perhatian orang. Jadi, saya tidak melihat ini sebagai isu negatif, tapi lebih kepada positif,” katanya kepada portal Ohbulan.
Adi Putra turut mengatakan dia tidak tahu bagaimana cerita sebegitu itu boleh timbul.
“Mungkin sekarang saya sedang diperhatikan dan sebab itulah cerita ini baru keluar. Kalau ikut falsafah saya adalah biar bersifat jelas dan benar. Baik bersifat ‘demand’ daripada mencuri,” kata Adi Putra lagi.
Sabarlah Adi mungkin orang luar saja nak cuit dan tengok bagaimana reaksi Adi apabila berhadapan dengan kontroversi begini.
Lagipun tak salah kalau Adi Putra nak demand, kerana kualiti lakonan dia memang ‘superb’ dan menjadi.
Tak gitu? – MyNewsHub
Read more ►

Rabu, 18 Desember 2013

GAMBAR Majlis Santapan Di Raja Putera William dan Catherine di Malaysia

0 komentar
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menerima menghadap Duke dan Duchess of Cambridge di Istana Negara di sini malam Khamis.
Pasangan diraja Britain itu kemudian diraikan dalam majlis santapan dirajasempena lawatan empat hari ke Malaysia bagi pihak Ratu Elizabeth II, sempenasambutan 60 tahun pemerintahan baginda.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut menghadiri majlis itu.
Selain itu, majlis itu turut dihadiri Menteri Penerangan Komunikasi danKebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, anggota Jemaah Menteri, perwakilan asingdan kenamaan lain.
Pada majlis itu, Duke dan Duchess of Cambridge dipersembahkan denganpelbagai persembahan kebudayaan, termasuk oleh kanak-kanak daripada Permata SeniNegara.
Putera William dan Catherine dijangka menghadiri persembahan kebudayaan khasyang akan diadakan di Taman Kuala Lumpur City Centre esok pagi, sebelum berlepaske Sabah untuk lawatan dua hari.
Pasangan diraja itu akan menamatkan lawatan ke Malaysia selepas mengunjungiLembah Danum, sebuah hutan hujan utama di Sabah.
Mereka berdua dijadual berlepas ke Kepulauan Solomon pada Ahad, untukmeneruskan lawatan sembilan hari ke negara Asia Tenggara dan Asia Pasifik. BERNAMA
p/s: Putera William dan Catherine xnak try makan deghoyan ke??
Read more ►

Selasa, 17 Desember 2013

Makanan sejuk beku jadi pilihan

0 komentar
Norlia kini ingin membawa Potess menembusi pasaran Eropah, khususnya Perancis.

MENYEDARI ramai yang meminati gemar kentang lecek, Hajjah Aminah Food Industries Sdn Bhd mengeluarkan produk makanan segera Potess yang berasaskan campuran ubi kentang lecek dan pelbagai jenis inti.

Syarikat tempatan itu juga menghasilkan sendiri kentang lecek unik ini kerana menyedari perniagaan berasaskan makanan sejuk beku seperti Potess mempunyai potensi tinggi untuk berjaya.

Pengarah Urusan Hajjah Aminah Food Industries, Norlia Yusof berkata, Potess memiliki kelainan yang tersendiri kerana dihasilkan melalui penyelidikan yang berteknologi tinggi dan mengikut hasil maklum balas yang diterima dari orang ramai sebelum produk itu dihasilkan.

"Kami gembira Potess kini diterima ramai di Malaysia. Kini, impian kami adalah untuk memasarkan Potess ke luar negara, dengan fokus utama kini adalah pasaran Eropah," katanya ketika ditemui di kilangnya, di Seremban baru-baru ini.

Menurutnya, memandangkan negara-negara maju di Eropah amat menitik beratkan soal kebersihan dan kualiti makanan, syarikat itu telah pun mendapat pengiktirafan badan antarabangsa seperti Hazard Anylisis Critical Control Point (HACCP).

“Pengiktirafan dari HACCP ini amat penting untuk mendapat keyakinan masyarakat Eropah mengenai tahap kualiti, kebaikan dan kebersihan produk kami ini,” katanya. 

Pengeluaran naik 30 kali ganda

Norlia berkata, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memenuhi impian menembusi pasaran di Eropah, syarikatnya menggunakan mesin baru separa automatik bagi meningkatkan lagi hasil pengeluaran di samping menjaga kualiti produk.

“Melalui penggunaan mesin, kami dapat menghasilkan 3,000 keping Potess dalam masa sejam.

"Jadi untuk sehari kami dapat menghasilkan lebih kurang 30,000 keping Potess untuk dipasarkan berbanding sebelum ini hanya 1,000 keping sehari,” katanya.

Menurut beliau, pada masa ini, Potess telah dipasarkan ke seluruh negara termasuk di beberapa pasar mini terpilih, pasar raya besar seperti Giant, hotel, restoran dan turut mendapat permintaan dari beberapa negara Asia.

“Produk kami kini dipasarkan di beberapa negara Asia seperti Thailand, Singapura, Brunei dan China.

"Permintaan di negara-negara tersebut amatlah menggalakkan, jadi kami harap selepas ini Potess berjaya menembusi pasaran Eropah khususnya di Perancis," katanya lagi.

Turut hasilkan makanan Arab

Selain Potess, Hajjah Aminah Food Industries turut menghasilkan Moroccan Food, iaitu makanan berasaskan daging yang dimakan bersama nasi.

“Bagi Moroccan Food, penyediaan rempah ratusnya memang datang dari Maghribi.

"Pasukan penyelidik kami bersama ketua tukang masak sendiri yang menghasilkan produk ini dan ianya mendapat permintaan yang amat tinggi khususnya bagi mereka yang meminati makanan ala-ala Maghribi,” katanya.

Menurut Norlia, sepanjang 13 tahun bergelar usahawan, banyak pengalaman dan pencapaian yang telah diperoleh syarikat itu.

Antara anugerah cemerlang yang diterimanya adalah Anugerah Majikan Agrotek 2013 daripada Jabatan Sumber Tenaga.

Selain itu, syarikatnya juga amat aktif dalam menyertai pelbagai ekspo dan festival makanan seperti Mihas, Pameran Makanan Moscow, Pameran Makanan Dubai, Ekspo Makanan Singapura dan pelbagai acara lain untuk mempromosikan makanan buatan tempatan ke peringkat global.
Read more ►

Senin, 16 Desember 2013

Video Comel Anak Fynn Jamal

0 komentar
Fynn

Jika di laman Keek, video anak Tomok, Arrian sentiasa mendapat jumlah tontonan yang ramai, di laman Instagram lain pula, anak kepada penulis puisi, Fynn Jamal sentiasa mendapat tontonan tinggi daripada pengikutnya di laman sosial tersebut.

Kebanyakan pengikut nyata terhibur dengan keletah Bakti Arjuna Fitri yang ceria dan comel itu.
Di bawah ini, penulis kongsikan video Arjuna yang ketawa besar saat diagah bersama sepupunya Sophie.
Oleh: AUDREY LEE
Read more ►
 

Copyright © mari berkarya Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger